Friday, March 6, 2009


Salam sejahtera...terutama sekali saya ucapkan terima kasih sebab sudi buka blog ni..disini saya ingin menarik perhatian anda semua tentang apakah punca mutu sukan bola sepak kita semakin menurun ke tahap yang paling bawah berbanding dengan negara jiran kita yang lain.

Sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan sains sukan, saya terpanggil untuk meluahkan serba sikit pandangan tentang mutu sukan bola sepak. Sebenarnya kita mempunyai ramai pemain yang berbakat tetapi disebabkan beberapa faktor dalaman yang kita sendiri tahu dari segi pengurusan dan dari segi pemilihan pemain. Para pemain yang berbakat ini merasakan mereka sering tersisih untuk mendapatkan tempat dalam pasukan negara.
faktor-faktor mutu sukan bola sepak menurun ialah:
  1. pemilihan pemain berdasarkan pengalaman dan pemain yang sudah ada nama(glamour) bukan dilihat dari segi kemahiran pemain itu.
  2. pemain tidak mencapai tahap kecergasan yang diperlukan tetapi tetap di senaraikan dalam kesebelasan utama.
  3. pemain negara terlalu dimanjakan.
  4. semangat berpasukan kurang dalam kalangan pemain.
  5. pihak pengurusan terlalu tegas sehinggakan tidak ada seorang pun berani untuk menyuarakan pendapat.
  6. aspek pemakanan pemain tidak dijaga oleh pihak pengurusan.
  7. jurulatih tidak faham akan konsep atau kaedah kejurulatihan yang sebenar.
  8. kurangnya pendedahan kepada pemain tentang pentingnya pemain mempelajari sains sukan.
Sebenarnya sains sukan ini begitu penting untuk semua atlet atau pemain tidak kira pemain itu mewakili negara atau pun negeri. dalam sains sukan, kita akan mempelajari tentang aspek psikologi sukan, asas biomekenik, fisiologi, kecegasan sukan dan pelbagai lagi yang banyak membantu atlet atau pemain. Contohnya psikilogi sukan, kita akan mempelajari teknik-teknik untuk mengawal perasaan semasa bermain dan teknik untuk memberi tekanan(psiko)kepada pihak lawan. dalam biomekanik pula, kita dapat membuat analisis tentang pegerakan yang betul supaya kita memcapai tahap pemainan yang baik terutamanya dalam sukan gymnastik,renang, olahraga dan sebagainya. Manakala dalam latihan kecergasan, kita akan mempelajari cara latihan bebanan yang betul dan cara untuk meningkatkan kecergasan dan dalam aspek permakanan pula,kita akan mempelajari macam mana untuk mengambil makanan yang seimbang dan cukup untuk memberi tenaga kepada kita. Oleh itu, aspek sains sukan amat penting untuk diketengahkan kepada atlet atau pemain dan juga kepada jurulatih.

Saya berharap, pihak Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan FAM akan melihat aspek sains sukan ini dengan lebih serius supaya mutu sukan bola sepak negara dapat ditingkatkan supaya dapat bersaing dengan negara asia yang lain dan hasrat untuk melihat pasukan negara beraksi di piala dunia tercapai. marilah sama-sama kita menaikkan mutu sukan bola sepak negara.
Malaysia boleh!!!

No comments:

Post a Comment