Wednesday, August 26, 2009

Kehidupan ku didunia ini..


kelas Pengurusan Rekreasi bergambar sebelum pulang ke KL. Yang baju putih tu la En roslan kami punya pensyarah yg sempoi giler....

kena jadi jurukamera plak huhu....


akulah gitaris krew wakenabeb..tgh layan lagu aizat...


krew wakenaweb pusat sukan sesi 07/08



pengalaman yang tidak akan ku lupakan..perhentian tunggu!!.....aku akn dtg utk tawan kau semula..

permandangan pantai yang indah....
time ni aku tgh nk bt snorkeling kt pulau perhentian..lawa wa ckp lu...




nak p kenduri rumah saudara kt kuala nerang..


aku dengan bestfrenz...paan nama dia.ni gambar masa first sem aku di UM

gambar hari raya puasa tahun lepas...

aku dihadapan sebuah bilik yang memberiku ilmu yang sangat berguna utk masa depan ku..

bersama maksot SUKMUM..kesian maskot tu kena ciuman aku haha


ni time berumur 6 tahun..seksinya budak nii ish2.....



ada gaya seorang ustaz tak?



bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar sports sciene dari Hong Kong..cari la aku kt mana?hehe


aku menerima anugerah kecemerlagan akedemik..anugerah dismpaikan oleh KDYM Tuanku Sultnah Hajjah Aminah..


time ni aku jadi sukarelawan utk program MALAKOFF di Universiti Malaya

Tuesday, August 25, 2009


Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pd seseorang yg melabuhkan cintanya pdMu...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pdMU agar x terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku pdnya agar tidak berpaling daripadaMU

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pd seseorg yg merindui syahid ke jalanMU...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMU, jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU....

Ya Allah, jika aku jth hati pada kekasihMU, jgn biarkan aku bertatih dan terjatuh dlm perjalanan pnjg menyeru manusia kepadaMU....

ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMU, jgn biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pd cinta hakiki dan rindu abadi hya kepadaMU....aminnnn ya rabbal alaminn..

apa macam..ada gaya jadi CEO tak?hehe ni la Datuk MOhd Hairee PJK.AMN.
kami kumpulan pengurusan rekreasi VMES3127 tgh berposing di Jeti Kuala Besut sebelum pg pulau perhentian
time ni dekat pulau perhentian,terenganu...aku dgn krew wakenabeb sedang bagi makan kt ikan2 disana best oooo...

Thursday, March 12, 2009

Wanita Cantik yg suka Menangis...


Wanita Cantik yg suka Menangis...

>Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada
> ibunya "Mengapa engkau menangis?"
>"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
>"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
>Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
>Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka
menangis tanpa alasan?"
>"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan
oleh ayahnya.
>Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
>Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
> "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
>
>
>Allah berfirman:
>
>"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
> diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
>"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
>"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "
>"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

>"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
>"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
>"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
>Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan
> bilapun ia perlukan."
>
>
>"Kau tahu:
>
>Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
>yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
>
>" tempat dimana cinta itu ada."


>Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda
> kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah
> Wanita.
> Jika Anda lakukan, Anda akan menambah
> harga diri wanita!
> Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,
> supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata Selami lah hati wanita mu..dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik



Dalam kitab karangan Usman b Hassan b Ahmad ada menceritakan Allah s.w.t. telah berfirman yan bermaksud, "Wahai akal! mengadaplah engkau. Aku ingin tahu darimu siapakah Aku ini dan siapa pula engkau?" Lalu akal pun menjawab, "Engkau adalah Tuhan yang menjadikanku dan aku adalah hambaMu yang lemah." Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang mengadap, tetapi nafsu hanya mendiamkan diri. Begitulah sehingga tiga kali ianya dipanggil barulah ia datang mengadap.
Allah berfirman padanya, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?"

Jawab nafsu, "Engkau adalah Engkau, aku adalah aku." Allah lalu menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya semula untuk disoal. Allah menyoal lagi, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Jawab nafsu, "Aku adalah aku, engakau adalah engkau." Allah lalu memasukkannya kedalam neraka juu' pula selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya untuk disoal. Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya, katanya, "Aku adalah hambaMu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Kaya." Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan dengan sebab itulah Allah telah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu yang jahat.



"Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. " (Al Baqarah : Ayat 200)

"Dan di antara mereka ada yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka. " (Al Baqarah : Ayat 201)

KISAH RUMPUT & ORG YG DISAYANGI


KISAH RUMPUT & ORG YG DISAYANGI

Pd suatu pagi di satu sekolah,ada seorang pelajar bertanya pd gurunya.Ketika itu gurunya sedang menyentuh mengenai kasih sayang.Dialog tersebut berbunyi:

Pelajar:Cikgu,macam mana kita nk pilih seseorang yg terbaik sebagai org yg paling kita sayang?

Cikgu:Awak nak tau ke?Sekarang awak buat apa yg saya suruh.Nanti awak dpt tau jawapannya.Kamu pergi ke padang sekolah sekarang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu.Pilih mana yg PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali.Kamu petiklah rumput yg PALING CANTIK yg berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar:Ok.Saya pergi sekarang dan buat apa yg cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yg berada di tangannya.Maka cikgu pun bertanya pd pelajar tersebut.

Cikgu:Mana rumput yg cikgu suruh petik?

Pelajar:Tadi saya berjalan di atas rumput sambil mencari rumput yg PALING CANTIK.Memang banyak yg cantik tp cikgu suruh saya petik yg PALING CANTIK jd saya terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.Sampai di penghujung saya tak jumpa pun yg PALING CANTIK.Mungkin ada di antara yg di belakang saya sebelum itu tp cikgu dah pesan jgn toleh belakang,jd takde la rumput yg saya boleh petik.

Cikgu:Ya,itu lah jawapannya.Maknanya apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita sayang,jgn lah kita hendak mencari yg lain lagi.Kita patut hargai orang yg berada di depan kita sebaik-baiknya.Jgn menoleh ke belakang lagi,yg berlaku tetap dah berlaku.Semoga yg berlalu tak berulang semula.Dan ingatlah orang yg kita sayang itulah yg PALING CANTIK dan PALING BAIK pd mulanya,walaupun banyak lagi yg lebih cantik dan baik.Sama seperti rumput tadi.Kecuali jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,maka mulakan lah semula.


**Sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus & ikhlas**

Friday, March 6, 2009


Salam sejahtera...terutama sekali saya ucapkan terima kasih sebab sudi buka blog ni..disini saya ingin menarik perhatian anda semua tentang apakah punca mutu sukan bola sepak kita semakin menurun ke tahap yang paling bawah berbanding dengan negara jiran kita yang lain.

Sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan sains sukan, saya terpanggil untuk meluahkan serba sikit pandangan tentang mutu sukan bola sepak. Sebenarnya kita mempunyai ramai pemain yang berbakat tetapi disebabkan beberapa faktor dalaman yang kita sendiri tahu dari segi pengurusan dan dari segi pemilihan pemain. Para pemain yang berbakat ini merasakan mereka sering tersisih untuk mendapatkan tempat dalam pasukan negara.
faktor-faktor mutu sukan bola sepak menurun ialah:
  1. pemilihan pemain berdasarkan pengalaman dan pemain yang sudah ada nama(glamour) bukan dilihat dari segi kemahiran pemain itu.
  2. pemain tidak mencapai tahap kecergasan yang diperlukan tetapi tetap di senaraikan dalam kesebelasan utama.
  3. pemain negara terlalu dimanjakan.
  4. semangat berpasukan kurang dalam kalangan pemain.
  5. pihak pengurusan terlalu tegas sehinggakan tidak ada seorang pun berani untuk menyuarakan pendapat.
  6. aspek pemakanan pemain tidak dijaga oleh pihak pengurusan.
  7. jurulatih tidak faham akan konsep atau kaedah kejurulatihan yang sebenar.
  8. kurangnya pendedahan kepada pemain tentang pentingnya pemain mempelajari sains sukan.
Sebenarnya sains sukan ini begitu penting untuk semua atlet atau pemain tidak kira pemain itu mewakili negara atau pun negeri. dalam sains sukan, kita akan mempelajari tentang aspek psikologi sukan, asas biomekenik, fisiologi, kecegasan sukan dan pelbagai lagi yang banyak membantu atlet atau pemain. Contohnya psikilogi sukan, kita akan mempelajari teknik-teknik untuk mengawal perasaan semasa bermain dan teknik untuk memberi tekanan(psiko)kepada pihak lawan. dalam biomekanik pula, kita dapat membuat analisis tentang pegerakan yang betul supaya kita memcapai tahap pemainan yang baik terutamanya dalam sukan gymnastik,renang, olahraga dan sebagainya. Manakala dalam latihan kecergasan, kita akan mempelajari cara latihan bebanan yang betul dan cara untuk meningkatkan kecergasan dan dalam aspek permakanan pula,kita akan mempelajari macam mana untuk mengambil makanan yang seimbang dan cukup untuk memberi tenaga kepada kita. Oleh itu, aspek sains sukan amat penting untuk diketengahkan kepada atlet atau pemain dan juga kepada jurulatih.

Saya berharap, pihak Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan FAM akan melihat aspek sains sukan ini dengan lebih serius supaya mutu sukan bola sepak negara dapat ditingkatkan supaya dapat bersaing dengan negara asia yang lain dan hasrat untuk melihat pasukan negara beraksi di piala dunia tercapai. marilah sama-sama kita menaikkan mutu sukan bola sepak negara.
Malaysia boleh!!!

Thursday, March 5, 2009

Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam...

My lovely family..

si comey ni nama dia mohammad arief danial..org panggil arief..mulut dia mengalahkan murut murai..pot pet xhenti2 hehe
yang muka masam ni plak anak buah aku yang no 3,adik kepada arief..si tembam ni nama dia mohamad akmal haziq..org panggil haziq..dia ni suke nangis je...
yang ni anak buah aku yang sulung..yang paling rapat dengan aku..nama dia mohammad azizul hakim..org panggil dia hakim la,ajijun la n jun laa tah la aku pun pening..hahaha
comey x bdk ni?hehe ni anak buah aku yang dok sabah..dia la satu2nya anak buah perempuan aku..so jd kesayangan smua org la hehe..nama dia nur shahirah nadirah..org panggil irah kt dia..rindunye aku kt dia...
anak-anak buah aku yang comey-comey..eh mane sorg lg ??dia menangis lagi ar tuu hahaha
ha ni la ayahanda dah ibunda aku yang tercinta..nama ibunda aku che lat bt ariffin n nama ayahanda aku.. azizan bin hanafiah..pasangan bahagia hehehe
amboi2 abg sulung aku ni..ada hati lg nk naik pelamin ek..hehe abg aku yang ni nama dia mohd amir..keje kt hospital sultnah bahiyah,aloq setaq..bdk2 laki td tu anak dia la..nama bini ni nor azah..tp pic dia xde plak dlm koleksi aku hehe sori..

macam atas kapal titanic la plak hehe..ni akak n abg ipar aku..diaorg baru kawin tahun lepas..ni nk p honeymoon kt langkawi..nama kak aku noor azliza..aku panggil kak jaa, n laki dia nama mohd anuar bin jahari..

yang pasang merpati dua sejoli ni abah n mama kepada irah..yg laki tu abg aku yang no 2,nama dia mohd latiff n bini dia nama emma bt ... ape ek lupe la hehe diaorg tinggal kt sabah skrg..

kenangan zaman persekolahan

Nie gambar masa aku form 5 kat Sek Men. Keb. Tengku Laksamana,Aloq Setaq,Kedah.
Kenangan masa aku tingkat 6 atas(kelas 6 sigma) kt Kolej Sultan Abdul Hamid(KSAH),Aloq Setaq,kedah.
ha nie la pic aku masa sekolah dulu-dulu..hensem boy tak?hehe time ni aku dapat anugerah pelajar cemerlang KSAH "O6. dapat salam dengan Sultanah kedah tu..bangganya aku..daulat tuanku!!

  • Nie la krew boat 4 minus yang berjaya mencatat masa yang terbaik dalam varsty boat race 2008 lepas..hehe
  • sape-sape nk tahu lebih lanjut pasal rowing, pergi ke blog umrowers.blogspot.com
  • kami sedang mencari atlet pelapis untuk pasukan um aviron Universiti Malaya..

JGN JADIKAN KENANGAN SBG MEMORI

makin kita mendekati...makin kita di uji...

makin banyak kita doa...makin banyak ujian menimpa...

KERANA...segala yg dipinta tidak datang dgn segera...

TAPI...ia diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberiNYA...

KERANA...ALLAH tidak memberi apa yg kita mahu...

TAPI...ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLU...

mengejar impian itu kadang kala memang memenatkan...

apa lagi kalau yg diimpi adlh redha Ilahi...

kadang kala mengundang putus asa...

HAKIKATNYA...yang penat itulah bakal memberikan pulangan yg berharga...

IKHLAS UTK SEGALANYA...

mencintai tidak semestinya memiliki...

mengharapkan & mendoakan org yg kita cintai '' hidup bahagia'' ADALAH...

salah satu cara kita ''mencintai''...

kita dipertemukan dgn org yg salah...

sblm kita dipertemukan dgn org yg betul2 j0doh kita....

banyak hikmah di sebaliknya...

kita dpt mengenali manusia yg pelbagai sifatnya...yg m'bolehkan kita berhati2...dan berwaspada...

kita dpt merasai sendiri kepahitan n kemanisannya...

kita memperolehi kenangan yg tersendiri walaupun ianya pahit...

NAMUN..perlu diingat...JGN JADIKAN KENANGAN SBG MEMORI...

lagu hijau kuning


Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku


"biar jasa jadi kenangan, hijau kuning lambang kemegahan"

  • time nie aku jadi atlet untuk team um aviron,Universiti Malaya.
  • bergambar kt dam Empangan Batu,Gombak

DOA UTK YG BERCINTA ,SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

ORANG YANG MENCINTAI


  1. Org yg mcintai kamu tdk prnah mampu mberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yg dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Wlaupn kamu sdh memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tdk peduli! Baginya yg pnting kamu bahagia dan kamu tetap mjadi impiannya.
  3. Org yg mencintai kamu slalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yg tercantik wlaupn mgkin kamu merasa berat badan kamu sdh bertambah.
  4. Org yg mencintai kamu slalu ingin tahu tntang apa saja yg kamu lalui sepnjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Org yg mncintai kamu akn mngirimkan SMS seperti "Selamat Pagi','Selamat Hari Minggu', "Selamat Tidur', "Take Care', dan lain-lain lagi, wlaupn kamu tdk membalas SMS-nya, kerana dgn kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, mnyatakan dlm cara yg berbeza,bukan "aku CINTA padamu", tapi bselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu mnyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yg kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon utk mngucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Org yg mncintai kamu akan slalu mngingat stiap kjadian yg dia lalui brsama kamu, bahkan mgkin kjadian yg kamu sendiri sdh mlupakannya, kerana saat itu ialah ssuatu yg brharga utknya.Dan saat itu, matanya psti berkaca. kerana saat brsamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Org yg mncintai kamu slalu mengingati setiap kata-kata yg kamu ucapkn, bahkan mngkin kata-kata yg kamu sendiri lupa pernah mngungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa byk kata-kata penuh harapan yg kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bkn org yg mncintai kamu.
  9. Kalau kali terakhir kalian brtemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akn sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk brtanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkn tentang kamu, peduli tentang kamu.
  10. Jika kamu mngatakn akan mnghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu brlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS "good luck' utk memberi smangat kepada kamu.
  11. Org yg mncintai kamu akan mberikan suatu barang miliknya yg mgkin buat kamu itu ialah ssuatu yg biasa, tetapi baginya barang itu sgt istimewa.
  12. Org yg mcintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dgn kamu, shingga kamu mjadi bingung. Sbnrnya saat itu dia merasa sgt gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  13. Org yg mcintai kamu slalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghbiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  14. Org yg mcintai kamu sering mlakukan hal-hal yg SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dlm masa sehari. Atau mngejutkn kamu di tgh malam dgn mngirim SMS. Sbnarnya ketika itu dia sedang mmikirkan kamu.

Salam hormat..firstly aku mengucapkan ribuan terima kasih pada korang sebab sudi layari blog aku yang xberapa elok ni...insyaAllah aku akan edit dari semasa ke semasa. maklum la aku ni student so sibuk la sikit dengan kuliah la,dengan assigment la..training la macam-macam lagi lahh...
aku harap korang dapat bagi ar sedikit komen or cadangan dalam blog aku ni k..kerjasama anda amat aku harapkan hehe...ok sekian wassalam..